nuffnang

Monday 4 March 2013

Journey 11 (5 Mac 2013)

Assalamualaikum.

Lama tak menulis, agak sibuk sedikit. Banyak perkara yang telah berlaku dan semuanya mencatatkan sesuatu yang amat istimewa dalam lipatan sejarah negara kita.

Minggu ini kita dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat menyedihkan. Ramai perwira kita pergi meninggalkan kita atas satu tugas yang begitu mulia. Mempertahankan kedaulatan negara demi agama dan bangsa. Semua kita cintakan keamanan. Tidak ada satu bangsa di dunia ini yang ingin melihat kehancuran, huru-hara, persengketaan, perselisihan, perbalahan. Semua bangsa inginkan keamanan, kedamaian, kemakmuran dan keharmonian.

Sanggupkah kita melihat kedamaian yang kita kecapi selama ini di hancurkan kerana kerakusan manusia akibat ketamakkan dan gila kuasa. Sanggupkah kita melihat anak-anak kecil menangis akibat kehilangan tempat pergantungan akibat perselisihan dan persengketaan sesama kita. Sanggupkah kita mengadai maruah bangsa demi kerana kerakusan akibat gila kekuasaan. Bangsa lain bertepuk tangan melihat kita berbalah dan bersengketa sesama agama, sesama bangsa. Dimanakah nilai diri kita sebenarnya.

Kita menumpang kasih kazanah yang dipinjamkan pada kita oleh cucu cicit kita.

Sekian, renung-renungkan lah.