nuffnang

Wednesday 24 April 2013

Journey 13:
25 April 2013

Untuk menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu ada satu keinginan yang kuat untuk menjadi seorang usahawan. Tanpa keinginan agar sukar seseorang itu untuk sustain dalam bidang keusahawanan.

FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI KEINGINAN KEUSAHAWANAN


Terdapat pelbagai kajian yang mengkaji faktor-faktor yang mendorong ke arah memupuk keinginan keusahawan seseorang. Ini adalah kerana untuk menjadi usahawan yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang tidak mungkin boleh dicapai. Cabaran dan persaingan dalam memupuk keinginan keusahawanan memerlukan usaha-usaha yang berterusan. 

Banyak kajian lain telah dijalankan bagi menjawab persoalan mengenai keinginan keusahawanan dari pelbagai perspektif. Dari perspektif psikologi kajian tertumpu kepada ciri- ciri personaliti dan sikap keinginan untuk menjadi usahawan (Shaver dan Scott, 1991; Brandstatter, 1997). Kajian-kajian yang pernah dijalankan telah mengenal pasti pelbagai faktor seperti keberanian untuk mengambil risiko (Brockhous, 1987; Hisrich dan Peters, 1995), keinginan untuk mencapai kejayaan (Johnson, 1990) dan fokus kepada sikap terhadap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya (Robinson et al., 1991). Kajian dari perspektif sosiologi pula menekankan kepada pelbagai faktor demografi, sosial, budaya dan ekonomi sebagai dorongan untuk menceburkan diri dalam sesuatu dunia baru.

Pengaruh Personaliti

Dalam membincangkan personaliti keusahawan, antara yang paling kerap dibincangkan dalam ulasan karya keusahawanan ialah keperluan pencapaian dan lokus kawalan. Teori yang banyak digunakan dalam penyelidikan ini ialah Teori Keperluan McChelland (1961) dan Teori Lokus Kawalan Rotter (1966). Ciri keperluan pencapaian diukur menggunakan empat dimensi yang berbeza iaitu etika kerja, mengejar kecermelangan, kemahiran dan berpengaruh. Manakala ciri lokus kawalan pula diukur menggunakan tiga dimensi yang berbeza iaitu sifat semulajadi dalaman, peluang semulajadi dan menguasai yang lain.

Pengaruh Demografi
Demografi ini dilihat dari dua aspek iaitu faktor pengaruh keluarga, faktor latar belakang akademik, interaksi dengan persekitaran dan motivasi.

Kajian oleh Buerah et al (2007) mendapati bahawa pengaruh latar belakang keluarga berniaga membantu menimbulkan minat terhadap keusahawanan dan seterusnya mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai usahawan. Seseorang yang mendapat pendedahan awal dalam bidang perniagaan dan keusahawanan mengakui bahawa minat beliau dalam bidang perniagaan dipupuk sejak di peringkat remaja. Institusi keluarga dapat menyediakan pendidikan asas yang memupuk dan membentuk minat anak-anak mereka sebagai seorang usahawan pada peringkat yang lebih awal. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk minat anak-anak untuk memulakan langkah keusahawanan (Van Aujken et al, 2006).

Dorongan keazaman yang tinggi untuk berniaga lahir boleh berlaku kerana kesukaran hidup yang dilalui dan kesungguhan dalam setiap usaha yang dilakukan, akhirnya membentuk sikap keusahawanan dan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Dapatan kajian oleh Buerah et al (2007) mendapati kesukaran hidup yang dilalui oleh seseorang, minat yang mendalam kerana melihat kejayaan orang lain boleh menimbulkan motivasi diri yang tinggi seterusnya mendorong kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang penghidupan yang diceburi.

Kajian oleh Nor Fadila dan Dzufi Iszura (2011) mendapati keinginan pelajar untuk menjadi seorang usahawan boleh timbul daripada interaksi mereka dengan keadaan sekeliling. Ini menunjukkan persekitaran mempengaruhi pelajar untuk memilih bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya. Media massa memainkan peranan penting di dalam menimbulkan keinginan mereka untuk menjadi seorang usahawan. Media massa yang dimaksudkan adalah televisyen, radio, internet, surat khabar, majalah dan lain-lain. Daripada media massa mereka mengetahui peluang perniagaan dan maklumat mengenai perniagaan yangboleh mereka ceburi. Ini disokong oleh kajian Nor Azmi Jasri (2002); Rosni Zamuddin Shah & Norfazila (2007) yang menunjukkan media cetak memberi banyak maklumat bidang keusahawanan. Selain itu, media massa memberi inspirasi daripada berita-berita mengenai tokoh-tokoh usahawan berjaya yang dipaparkan oleh media massa.

Selain itu, rakan sebaya juga dapat membantu seseorang untuk menimbulkan keinginan untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan. Mereka gemar berbincang dengan rakan-rakan mereka untuk menjadi seorang usahawan. Komunikasi dan sikap suka bergaul merupakan aset penting yang boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawanan. Kiyosaki (2006) menjelaskan bahawa beliau berminat dengan dunia keusahawanan apabila digalakkan oleh rakan sebayanya ketika kecil. Pengaruh yang datangnya daripada rakan sebaya adalah lebih kuat dan lebih berpengaruh jika dibnading dengan pengaruh ibu bapa mereka sendiri.

Pelbagai kursus dan bengkel keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak universiti . Ini kerana tahap pendidikan mampu menyumbang kepada keinginan pelajar untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kajian juga menunjukkan pelajar berminat untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari ke dalam bidang keusahawanan. Ini kerana pendidikan memberi pengetahuan asas kepada pelajar mengenai dengan bidang keusahawanan. Kajian oleh Nor Azmi Jasri (2002) mendapati pendidikan merupakan pendedahan awal kepada dunia perniagaan.
Pengaruh Sikap

Sikap merupakan satu nilai yang abstrak yang lahir dalam sanubari setiap orang dan ia bertindak terhadap stimulus atau elemen-elemen yang akan mewujudkan keinginan hasil dari rangsangan-rangsangan tersebut. Menurut Gasse (1990), sikap usahawan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup seseorang. Nilai-nilai hidup seseorang merupakan satu set kepercayaan terhadap persekitaran seseorang sehingga ia mempengaruhi pemikiran, idea dan pandangannya terhadap orang lain.

Menurut Radzali (1991) sikap-sikap keusahawanan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan yang penting dalam apa jua tindakan keusahawanan yang dilakukan oleh seseorang individu. Ianya dapat dikesan dalam sistem nilai kehidupan seseorang usahawan. Antara contoh sikap-sikap seorang usahawan ialah berdikari, cekal, kreatif, inovatif, suka akan cabaran, yakin diri, bersemangat tinggi, mempunyai daya inisiatif, berani mengambil risiko dan rajin.

Pengaruh Budaya

Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya adalah sekumpulan tingkah laku yang turun temurun yang mempengaruh tingkah laku individu. Budaya merupakan sebuah tingkah laku kolektif dalam masyarakat, yang dominan mempengaruhi dan membentuk sebuah tingkah laku yang sesuai dengan komuniti yang ada dalam budaya tersebut. Budaya sesebuah masyarakat mampu berperanan mencorak iklim keinginan keusahawanan dalam masyarakat tersebut.Terdapat dua pandangan bagaimana elemen budaya mempengaruhi keusahawanan (cf. Davidsson & Wicklund, 1997; Hayton et al., 2002; Freytag & Thurik, 2007). Pandangan pertama, merujuk kepada “sifat agregat” keusahawanan iaitu jika dalam sesebuah masyarakat mempunyai ramai orang yang memiliki “nilai keusahawanan” maka lebih ramai orang memiliki “nilai keusahawanan” menjadi usahawan (Cochran, 1959; Kilby, 1971; Marris & Somerset, 1971). Masyarakat yang berbeza etnik dan latarbelakang mempunyai pandangan yang berlainan tentang keusahawanan.

Pandangan kedua, merujuk kepada tahap “pengiktirafan masyarakat” (societal legitimation) keusahawanan dalam budaya (Etzioni, 1987). Jika tahap pengiktirafan masyarakat terhadap keusahawanan tinggi, maka perhatian yang lebih akan diberikan dalam sistem pendidikan, akan menganggap keusahawanan sebagai sesuatu yang wajar, akan lebih banyak insentif cukai untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan dan perniagaan. Oleh itu, persekitaran masyarakat akan lebih menyokong keusahawanan.


Sri Petaling, Selangor.

Tuesday 23 April 2013

Journey 12:
23 April 2013

ANTARA BUDAYA KESEGERAAAN DENGAN KERJA BERTANGGUH

Kita sering kali mendapat tugasan yang diberikan oleh bos kita. Sering kali juga boss kita memberi target date yang perlu kita bereskan.

Apa tindakan kita bila keluar dari bilik bos?

Pertama: Aku akan lakukan dengan kadar segera sebelum tiba target date yang telah ditetapkan.

Kedua: Aku akan laksanakan pada hari target date yang telah ditetapkan.

Ketiga: Aku akan laksanakan setelah ditanya balik oleh bos pada hari target date yang ditetapkan.

Berdasarkan tiga situasi di atas, yang mana satu pilihan kita?
 Selasa, 4 Desember 2012 pk. 9:00 WIB menerima tamu utusan dari Kementerian Pendidikaan Malaysia yaitu MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALAYSIA, yang dipimpin oleh Haji Zairon Mustapha, AMP selaku Director dan Ketua Delegasi, yang mengajak 45 orang, sebagian diantaranya adalah student mereka yang merupakan Pemenang-pemenang dalam Kompetisi Young Entrepreneur Challenge di Malaysia.

Dalam sambutannya, Haji Zairon Mustapha, AMP menyatakan bahwa mereka di dunia pendidikan Malaysia mengaku takjub dan salut kepada SWASTIKA PRIMA Entrepreneur College atas peran dan kiprahnya dalam Pendidikan Entrepreneurship di Indonesia, yang mereka ketahui dari berbagai berita Online maupun Cetak yang sudah mereka amati sekian lamanya. Berbagai berita mengenai SWASTIKA PRIMA Entrepreneur College yang menunjukkan peran nyata dalam mengembangkan Entrepreneurship inilah yang membuat Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad mengirimkan Delegasinya untuk berkunjung ke SWASTIKA PRIMA Entrepreneur College, yang terletak di Jl. Raya Panjang Jiwo Permai 1. B 25 - 27 Surabaya, untuk menjalin kerjasama berkesinambungan dalam pendidikan dan pelatihan kewirausahaan.